Showing posts with label Syiling error. Show all posts
Showing posts with label Syiling error. Show all posts

Sunday, 1 April 2012

Syiling 10 sen tahun 2000 sisi error

Sisi kedudukan no. 00
Sisi kedudukan 'SEN'
Sisi kedudukan no. 20
Sisi kedudukan 'BANK'
Sisi kedudukan 'NEGARA'

Comment:

Syiling 10 sen keluaran tahun 2000 ini juga terdapat error pada sisi. Separuh dari sisi syiling ini menunjukkan gigi yang RAPAT.

Syiling 5 sen keluaran 2009 sisi error

Sisi kedudukan no. 09
Sisi kedudukan no.20
Sisi kedudukan 'BANK'
Sisi kedudukan 'NEGARA'
Sisi kedudukan 'MALAYSIA'

Comment:

Syiling 5 sen keluaran tahun 2009 ini ditemukan separuh sahaja bergigi RAPAT. Bermula dari kedudukan no. 09 hingga kedudukan perkataan 'BANK'. Dan pada kedudukan perkataan 'NEGARA' ia mula kembali normal. cuma terdapat sedikit garis sahaja.

Pada kedudukan perkataan 'MALAYSIA' gigi syiling kembali normal sepenuhnya seperti syiling lain.

Pada gambar diatas syiling sebelah bawah adalah syiling normal.

Saturday, 31 March 2012

Syiling 5 sen 2008 - error edge

Comment:

Penemuan error pada syiling 5 sen keluaran tahun 2008. Error dikesan pada sisi syiling. Gigi syiling lebih rapat daripada syiling  5 sen biasa. Ia berlaku pada seluruh sisi syiling 5 sen ini.

Apakah ini salah satu dari variety syiling 5 sen tahun 2008?? saya rasa ini bukan variety. tapi adalah error kerana ada ditemukan sisi rapat seperti ini pada syiling 5 sen tahun 2009 dan syiling 10 sen tahun 2000! namun hanya separuh daripada syiling itu bergigi rapat dan separuh gigi lagi normal.

Lepas ni post syiling error untuk 2009 yang hanya separuh sahaja bergigi rapat.

Sunday, 18 March 2012

Duit syiling 1 ringgit 1993 - NUMBER ERROR




Comment:

Salah satu koleksi syiling error 1 ringgit 1993. terdapat error(lebihan logam) pada bawah nombor.

Saturday, 17 March 2012

Syiling 1 sen lama 1976 - ada 'DOT'


Comment:

Pada mulanya aku tak perasan yang syiling ni ada error seperti 'DOT' kat bangunan parlimen. Aku mula perasan bila aku mengilap dan membersihkan syiling ni apabila ternampak seolah-olah ada 'titik'. kemudian cepat-cepat aku ambil kanta pembesar. SAH ada bonjolan!! 

Syiling ni melekat pada magnet.

Syiling 10 sen tahun 1997 - error


Comment:

Syiling keluaran tahun 1997  (bunga raya) ini jelas error bila terdapat bonjolan. Nama error jenis ni belum tahu lagi.

Syiling 1 sen 1973 - error


Comment:

Syiling 1 sen keluaran tahun 1973. Ada 2 versi syiling keluaran tahun 1973 iaitu versi yang diperbuat dari cooper dan versi cooper+clad steel. Syiling ni versi cooper kerana tidak melekat pada magnet.

Syiling ni terdapat error pada bulannya iaitu bonjolan. Belum tau apa jenis nama error. Pada yang pakar tu tolonglah bagitau ok.

WAPDIR