Showing posts with label Syiling 20 sen Variety. Show all posts
Showing posts with label Syiling 20 sen Variety. Show all posts

Monday, 26 March 2012

Variety syiling 20 sen tahun 2001

Variety I

Variety II
Comment:

Serupa tapi tak sama ! Ada 2 variety 20 sen keluaran tahun 2001. perbezaan pada corak urat bunga raya yang digunakan.  Urat bunga raya variety I lebih banyak dan rapat dan bunga rayanya kecil sedikit. Manakala variety II menggunakan urat bunga raya yang jarang dan bunga rayanya agak besar dari variety I.

Ada lagi tak variety lain?

Sunday, 25 March 2012

Variety syiling 20 sen tahun 2007

Variety I
Variety II
Variety III
Comment:

3 versi syiling 20 sen keluaran tahun 2007. Perbezaan dapat dilihat melalui jenis bunga raya yang digunakan. Untuk Variety I dan Variety II agak sukar di bezakan. Ia berbeza pada kelopak bunga raya dimana pada Variety I menggunakan hujung kelopak agak bulat. Manakala untuk Variety II hujung kelopak bunga raya terdapat sedikit lekuk. Juga berbeza pada urat daun.

Untuk Variety III mudah dibezakan kerana jenis bunga raya adalah berlainan dari Variety I dan II.

Ada lagi tak Variety lain?

Friday, 23 March 2012

Variety syiling 20 sen tahun 2002

Variety I - berlubang

Variety II - tiada lubang
Comment:

Terdapat 2 variety 20 sen keluaran tahun 2002. perbezaan dapat diperhatikan pada jenis bunga raya pada muka hadapan syiling. pertama jenis bunga raya seperti terdapat lubang ditengahnya dan jenis kedua tiada lubang di tengahnya.

Ketika post ini ditulis, jenis 20 sen 2002 bunga raya tiada lubang didapati kurang berbanding jenis bunga raya berlubang. Jadi keluaran untuk variety bunga raya tiada lubang ditengahnya mesti sedikit dari jenis berlubang.


Thursday, 22 March 2012

Variety Syiling 20 sen tahun 1998

Variety I
Variety II
Comment:

Syiling 20 sen keluaran tahun 1998 juga terdapat dua Variety yang memiliki sisi tajam dan sisi bulat. Ketika post ini ditulis, didapati Variety 20 sen sisi tajam agak berkurangan di pasaran. so, cepat-cepat simpan kedua-dua Variety ini untuk mengelak kesukaran mencarinya di masa hadapan. 

Variety syiling 20 sen 1997

Variety I

Variety II
Comment:

Ada 2 Variety syiling keluaran tahun 1997 iaitu syiling yang mempunyai sisi bulat dan syiling sisi tajam. Jumlah tempaan untuk setiap Variety masih belum diketahui. So, simpan je kedua jenis Variety nie.

WAPDIR