Showing posts with label Versi Syiling Malaysia Siri Ke-2. Show all posts
Showing posts with label Versi Syiling Malaysia Siri Ke-2. Show all posts

Thursday, 29 March 2012

Variety syiling 50 sen tahun 2007

Variety I - Depan
Variety I - Belakang
Variety II - Depan
Variety II - Belakang
Comment:

Terdapat 2 variety syiling 50 sen keluran 2007 setakat ini yang ditemui. Perbezaan mudah dikesan pada jenis bunga yang digunakan.Juga berbeza pada jenis wau.

Ada lagi tak variety lain?

Tuesday, 27 March 2012

Variety syiling 50 sen tahun 2005

Variety I
Variety I - Belakang
Variety II
Variety II - Belakang
Variety III
Variety III - Belakang
Variety - IV
Variety IV - Belakang
Variety V
Variety V - Belakang

Comment:

Terdapat 5 variety syiling 50 sen keluaran tahun 2005 setakat ini yang dapat dikumpul. Perbezaan kelima-lima variety ini dapat di lihat pada corak urat bunga raya yang digunakan. Namun untuk membezakannya perlu di lihat dengan teliti kerana hanya sedikit saja perbezaannya.

Gambar wau sebelah belakang juga ada sedikit perbezaan terutamanya pada variety III. Untuk variety V ekor wau agak panjang sedikit.

Ada lagi tak variety lain?

Monday, 26 March 2012

Variety syiling 10 sen tahun 1997

Variety I - sisi tajam

Variety II - sisi bulat
Comment:

Seperti syiling 20 sen tahun 1997 dan 1998. terdapat variety untuk sisi tajam dan sisi bulat.

Ada lagi tak variety lain?

Variety syiling 10 sen tahun 2002

Variety I

Variety II
Comment:

10 sen keluaran tahun 2002 terdapat 2 variety. Perbezaan ketara pada jenis bunga raya yang digunakan. juga filamen bunga rayanya berbeza.

Ada lagi tak variety lain?

Variety syiling 20 sen tahun 2001

Variety I

Variety II
Comment:

Serupa tapi tak sama ! Ada 2 variety 20 sen keluaran tahun 2001. perbezaan pada corak urat bunga raya yang digunakan.  Urat bunga raya variety I lebih banyak dan rapat dan bunga rayanya kecil sedikit. Manakala variety II menggunakan urat bunga raya yang jarang dan bunga rayanya agak besar dari variety I.

Ada lagi tak variety lain?

Variety syiling 10 sen tahun 2007

Variety I
Variety II

Variety II - lekuk


Variety III

Variety III - melengkung
Variety IV
Comment:

Terdapat empat Variety 10 sen untuk keluaran tahun 2007. Variety I dan Variety IV tidak sukar dibezakan hanya berbeza pada jenis bunga raya yang digunakan.

Namun untuk Variety II dan Variety III agak sukar dibezakan kerana jenis bunga raya hampir sama. Cuma sedikit perbezaan pada hujung kelopak bunga raya. Dimana untuk Variety II terdapat sedikit LEKUK pada hujung kelopaknya. Dan Untuk Variety III mempunyai hujung kelopak yang MELENGKUNG.

Ada lagi tak Variety lain?

Sunday, 25 March 2012

Variety syiling 20 sen tahun 2007

Variety I
Variety II
Variety III
Comment:

3 versi syiling 20 sen keluaran tahun 2007. Perbezaan dapat dilihat melalui jenis bunga raya yang digunakan. Untuk Variety I dan Variety II agak sukar di bezakan. Ia berbeza pada kelopak bunga raya dimana pada Variety I menggunakan hujung kelopak agak bulat. Manakala untuk Variety II hujung kelopak bunga raya terdapat sedikit lekuk. Juga berbeza pada urat daun.

Untuk Variety III mudah dibezakan kerana jenis bunga raya adalah berlainan dari Variety I dan II.

Ada lagi tak Variety lain?

Saturday, 24 March 2012

Variety syiling 5 sen tahun 2007

Variety I

Variety II

Variety III
Comment:

Terdapat 3 variety syiling 5 sen keluaran tahun 2007.  Variety I mempunyai sisi tajam. variety II dengan sisi bulat dan variety III berbeza sedikit terutamanya pada corak bunga dan tulisan tahun 2007 yang agak kecil. Corak gasing bahagian belakag juga agak lain untuk variety III.

Ada lagi tak variety lain?

Variety syiling 5 sen tahun 2000

Variety I

Variety II
Comment:

Dua variety syiling 5 sen keluaran  tahun 2000. Variety I - sisi bulat dan Variety II - sisi tajam.

Ada tak lagi variety lain?

Variety syiling 1 sen tahun 2002

Versi I - Tulisan no.1 nipis
Versi II - Tulisan no.1 nipis
Versi III - Tulisan no.1 tebal
Comment:

Ada 3 versi syiling 1 sen keluaran tahun 2002. Dua versi syiling memiliki tulisan no.1 yang nipis dan hanya berbeza pada bunga raya. Versi I seolah-olah terdapat lubang ditengah bunga raya. Didapati urat bunga raya juga lebih jelas dan tulisan BANK NEGARA MALAYSIA juga nipis. Dan versi II tiada lubang di tengahnya. Manakala versi III tulisan no.1 tebal.

Tiada perbezaan bahagian belakang untuk ketiga-tiga versi.

Ketika post ini ditulis versi II agak susah didapati. Yang banyak versi III. Jom kumpul!

Friday, 23 March 2012

Variety syiling 20 sen tahun 2002

Variety I - berlubang

Variety II - tiada lubang
Comment:

Terdapat 2 variety 20 sen keluaran tahun 2002. perbezaan dapat diperhatikan pada jenis bunga raya pada muka hadapan syiling. pertama jenis bunga raya seperti terdapat lubang ditengahnya dan jenis kedua tiada lubang di tengahnya.

Ketika post ini ditulis, jenis 20 sen 2002 bunga raya tiada lubang didapati kurang berbanding jenis bunga raya berlubang. Jadi keluaran untuk variety bunga raya tiada lubang ditengahnya mesti sedikit dari jenis berlubang.


Thursday, 22 March 2012

Variety Syiling 20 sen tahun 1998

Variety I
Variety II
Comment:

Syiling 20 sen keluaran tahun 1998 juga terdapat dua Variety yang memiliki sisi tajam dan sisi bulat. Ketika post ini ditulis, didapati Variety 20 sen sisi tajam agak berkurangan di pasaran. so, cepat-cepat simpan kedua-dua Variety ini untuk mengelak kesukaran mencarinya di masa hadapan. 

Variety syiling 20 sen 1997

Variety I

Variety II
Comment:

Ada 2 Variety syiling keluaran tahun 1997 iaitu syiling yang mempunyai sisi bulat dan syiling sisi tajam. Jumlah tempaan untuk setiap Variety masih belum diketahui. So, simpan je kedua jenis Variety nie.

WAPDIR